Kapal KD Mahawangsa milik TLDM siap dibina - Utusan Malaysia

Kapal KD Mahawangsa milik TLDM siap dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah kapal pembawa peluru milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dinamakan KD Mahawangsa seberat 4,000 tan dan 103 meter panjang bakal dibawa pulang ke tanah air menjelang Mei tahun depan.

Kapal KD Mahawangsa ini telah selamat dilancarkan dengan rasminya oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Maria Musa di Limbungan Kapal Masan, Korea Selatan baru-baru ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 Oktober 1979Malaysia sedang berunding dengan Amerika Syarikat untuk membeli 80 buah jet pejuang jenis A4 Skyhawks dari negara berkenaan.
  • 21 Oktober 1982Pengusaha-pengusaha batik di Kelantan memuji langkah berkesan yang dilakukan oleh pihak Kastam yang menyekat dan membanteras penyeludupan batik Siam ke negeri ini.
  • 21 Oktober 1983 – Nama Fandi Ahmad bergema di Stadium Utama Groningen apabila berjaya menjaringkan gol kedua untuk kelabnya, Groningen menewaskan Inter Milan 2-0.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya