Harga daging naik 40 sen mulai esok - Utusan Malaysia

Harga daging naik 40 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Oktober 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan harga semua jenis daging yang dibekalkan oleh Pusat Penyembelihan Haiwan Shah Alam akan dinaikkan sebanyak RM0.40 sen sekati mulai esok.

Kenaikan ini bakal melibatkan daging-daging dijual di Pasar Besar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang mendapatkan bekalan dari pusat berkenaan, manakala harga daging di kawasan lain mungkin turut berlaku kenaikan bergantung kepada kos pengangkutan dan sebagainya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Oktober 1972 – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah membentuk sebuah jawatankuasa tetap mengenai perusahaan besi dan besiwaja di negara ini.
  • 22 Oktober 1974 – Seorang pelajar Malaysia di Australia, Lee Yow Choy mencipta satu projek liputan talian telefon dan televisyen dengan kos yang lebih murah di seluruh negara berkenaan.
  • 22 Oktober 1975MCA bakal membina sebuah bangunan miliknya setinggi 22 tingkat yang bernilai sebanyak RM15 juta di ibu negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN