CUEPACS bantah cadangan hapuskan sistem pencen - Utusan Malaysia

CUEPACS bantah cadangan hapuskan sistem pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Oktober 1984, Utusan Malaysia melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggap rancangan kerajaan bagi mewujudkan kakitangan tidak berpencen dalam Perkhidmatan Awam sebagai tidak munasabah kerana akan menghasilkan pengkelasan jenis kakitangan pada masa hadapan.

Presidennya, Ahmad Nor berkata, jika kerajaan membuat tawaran kepada semua kakitangan awam, maka akan ada golongan pekerja yang lebih suka untuk mendapat faedah persaraan melalui KWSP.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Oktober 1982Muktamar Agung Pas menerima usul Dewan Pemuda yang mengesyorkan kepada kerajaan supaya menubuhkan pasukan ‘Komando Jihad’ bagi membebaskan negara Islam yang diceroboh oleh kuasa lain.
  • 25 Oktober 1984 – Juruukur terkemuka, Datuk Abdul Rahim Rahman merupakan rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Pengerusi Persekutuan Hartanah Asia Pasifik (APREF) bagi penggal 1985-1987.
  • 25 Oktober 1985Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu akan membuka sebuah ‘Ladang Wakaf’ yang akan ditanam kelapa sawit bersama pihak KETENGAH.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN