Cek bernilai RM827,528 hilang di Jabatan Akauntan Negara - Utusan Malaysia

Cek bernilai RM827,528 hilang di Jabatan Akauntan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Oktober 1981, Utusan Malaysia melaporkan polis Johor menahan seorang budak pejabat di Jabatan Akauntan Negara bersama dua lelaki lain kerana disyaki terlibat dalam kes sekeping cek Bank Negara bernilai RM827,528 yang dilaporkan hilang.

Budak pejabat yang berumur 19 tahun dan berasal dari Johor itu diberkas di sebuah hotel di Kuala Lumpur, sementara kedua-dua lelaki yang merupakan penganggur berasal dari Kuala Lumpur diberkas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Oktober 1981 – Pemain bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari menolak tawaran untuk menjadi pemain profesional bersama kelab division satu, F.C. Assent Brussels di Belgium.
  • 28 Oktober 1984 – Kerajaan telah memutuskan operasi kutipan tol di pintu masuk ke Malaysia di Johor Baharu akan mula dikuatkuasakan pada 1 November ini.
  • 28 Oktober 1985Sekolah Menengah Saint Theresa, Kuching Sarawak muncul sebagai johan kuiz sejarah antara sekolah-sekolah Malaysia yang berlangsung di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN