Budak 11 tahun mati ditikam penagih dadah - Utusan Malaysia

Budak 11 tahun mati ditikam penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Oktober 1979, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur setelah diserang oleh seorang lelaki disyaki penagih dadah yang menceroboh rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Koh Yin Ling yang merupakan murid tahun empat Sekolah Rendah Convent, Sentul Pasar meninggal dunia akibat luka di bahagian leher setelah dijadikan sasaran oleh suspek apabila semua ahli keluarga bertindak mengepungnya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Oktober 1971Kerajaan Pahang telah meluluskan pinjaman RM3 juta untuk memajukan bandar pusat di Rancangan Jengka, sebuah bandar baru yang bakal mempunyai 50,000 orang penduduk.
  • 4 Oktober 1975 – Kumpulan muzik ‘September Five‘ yang dianggotai oleh empat pemuda kini semakin dikenali dan bakal melancarkan EP sulung mereka tidak lama lagi.
  • 4 Oktober 1979 – Seorang penulis dan penterjemah dari Perak, Dr. G. Soosai dilantik sebagai pengarang dan penasihat Bahasa Malaysia bagi Majalah Laurel Leaves yang berpangkalan di United Kingdom.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN