Akta Pekerjaan baru untuk seluruh Malaysia - Utusan Malaysia

Akta Pekerjaan baru untuk seluruh Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Oktober 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu Akta Pekerjaan yang baru meliputi seluruh Malaysia Barat dan Timur akan digubal kata Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam.

Undang-undang buruh yang ada sekarang tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Untuk itu, satu ordinan baru sedang dirangka dan rang undang-undang mengenai akta itu diharap dapat dikemukakan di sidang Parlimen awal tahun hadapan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Oktober 1971Tun Datu Mustapha Datu Harun hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal lima tahun akan datang.
  • 8 Oktober 1974 – Raja bola sepak dunia, Pele akan menyerahkan takhtanya kepada pemain pertama yang berjaya membawa negaranya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjaringkan 1,200 gol.
  • 8 Oktober 1975 – Kegiatan pengganas komunis dan gerakan pasukan keselamatan menyebabkan tarikh siap Lebuhraya Timur Barat ditunda 18 bulan dan anggaran kos perbelanjaanya menjadi lebih RM200 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN