Lipatan Sejarah: Ungku Aziz puji senikata lagu 'Selimut Putih' - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Ungku Aziz puji senikata lagu ‘Selimut Putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 September 1974, Utusan Malaysia melaporkan komen Profesor Ungku Aziz mengenai senikata lagu ‘Selimut Putih‘ yang disifatkannya mengandungi nilai-nilai positif yang boleh membawa pengaruh baik kepada aliran pembangunan sosioekonomi masyarakat Melayu.

Beliau mengulas mengenai keputusan KDN tidak mengharamkan lagu tersebut dengan berkata: “Pada fahaman saya, senikata lagu itu bermaksud: Setelah manusia meninggal dunia hanya jasad atau baktinya saja yang akan kekal dan akan membelanya“.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 September 1971 – Majlis Bandaran Kuantan telah mengenakan denda antara RM5 hingga RM20 ke atas 32 orang pekedai, pemandu kereta dan pemilik ternakan kerana melakukan kesalahan di bawah undang-undang kebersihan bandar.
  • 11 September 1972Buah jering dan akar serun bermanfaat untuk mengurangkan kadar gula dalam darah, menurut pengesahan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Sains dan Perusahaan Kebangsaan (NISIR).
  • 11 September 1973 – Badan-badan sukarela seperti St. John Ambulance disarankan supaya bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang narkotik dan dadah yang semakin merebak di Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN