Terumbu Layang-Layang hak milik Malaysia - Utusan Malaysia

Terumbu Layang-Layang hak milik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 September 1983, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Malaysia mengingatkan Kerajaan Vietnam sekali lagi bahawa Pulau Gugusan Terumbu Layang-Layang, 64 kilometer tenggara Pulau Kecil Amboyna di Laut China Selatan adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Serentak dengan itu juga, Malaysia meminta Vietnam menyenaraikan langkah-langkahnya untuk meninggalkan pulau tersebut yang mereka duduki secara haram.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 September 1980 – Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pahang ditubuhkan dalam satu perjumpaan sempena berlangsungnya seminar ulamak Pahang di Kuantan.
  • 10 September 1981 – Bot-bot nelayan Terengganu akan dilengkapkan dengan alat-alat perhubungan ‘wireless‘ bagi membolehkan para nelayan mendapat bantuan segera ketika menghadapi kecemasan.
  • 10 September 1983 – Panji-panji diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini dibawa dari Woodlands, Singapura dengan sebuah kapal ke pangkalan baru TLDM di Lumut, Perak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN