Presiden Ford hadapi cubaan bunuh - Utusan Malaysia

Presiden Ford hadapi cubaan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 September 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Presiden Amerika Syarikat, Gerald Rudolph Ford telah terselamat daripada maut apabila satu tembakan yang dilepaskan ke arahnya tersasar setelah beliau keluar dari sebuah hotel di San Francisco.

Ejen-ejen perisik telah berjaya menangkap seorang wanita berumur 40 tahun yang berpakaian paderi sejurus selepas tembakan itu dilepaskan. Polis memaklumkan, ketika ditahan, wanita itu sedang memegang pistol setelah melepaskan tembakan ke arah Ford.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 September 1973Lembaga Perancang Keluarga hari ini melancarkan ‘kempen anti-pengguguran‘ kerana akibatnya memberi kesan buruk kepada kesihatan ibu.
  • 24 September 1974Peminum arak dan penagih dadah boleh dirawat dengan cara melakukan pembedahan otak, demikian menurut pakar-pakar bedah otak dari Hospital Besar Madras, India.
  • 24 September 1975 – Pemain lincah pasukan bola sepak Selangor, Abdullah Ali telah dipilih mewakili pasukan kebangsaan untuk bermain di peringkat antarabangsa menentang China pada 25 Oktober ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN