Planetarium Negara bakal dibina - Utusan Malaysia

Planetarium Negara bakal dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 September 1986, Utusan Malaysia melaporkan sebuah planetarium, pusat untuk melihat dan mengkaji pergerakan planet akan dibina untuk dijadikan pusat pengkajian dalam bidang tersebut di samping menjadi satu tarikan pelancongan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Yusof Noor memaklumkan, projek pembinaan planetarium berkenaan akan diusahakan oleh pihak swasta di atas tapak seluas 0.8 hektar di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 September 1981 – Sikap tidak bertanggungjawab pelawat yang membuang plastik dan getah pengikat ke dalam kandang menyebabkan kematian seekor rusa sambar di Zoo Negara.
  • 26 September 1983 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji sama ada jet Tebuan boleh terus digunakan atau ditamatkan perkhidmatannya.
  • 26 September 1985Bayaran lesen televisyen warna akan dinaikkan kepada RM36 daripada RM24 setahun manakala lesen radio akan dimansuhkan mulai Januari 1986.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN