Penduduk Kuala Krai tawan pengganas komunis - Utusan Malaysia

Penduduk Kuala Krai tawan pengganas komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 September 1970, Utusan Malaysia melaporkan dua pengganas komunis yang bersenjata telah ditawan oleh penduduk di sebuah kampung di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Dua pucuk senapang patah dan pistol telah dirampas daripada pengganas komunis tersebut. Pengarah Majlis Gerakan Negara, Tun Abdul Razak memuji sikap yang ditunjukkan oleh orang kampung berkenaan atas keberanian serta semangat mereka.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 September 1976 – Jabatan Agama Islam Selangor akan menubuhkan tabung pembangunan ekonomi Islam negeri bertujuan menambah dana baitulmal yang akan digunakan untuk membantu masjid, surau dan sekolah agama.
  • 4 September 1977 – Kerajaan diminta ‘mengharamkan‘ kemasukan tali pinggang keledar dari luar negara untuk menjamin perusahaan tempatan yang diusahakan oleh bumiputera.
  • 4 September 1979 – Sekurang-kurangnya 640 orang terbunuh apabila angin puting beliung ‘David‘ beserta gelombang besar melanda Pulau Republik Dominica dan Kepulauan Bahamas di Laut Caribean.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya