Pembukaan rasmi Stesen Janakuasa Temenggor - Utusan Malaysia

Pembukaan rasmi Stesen Janakuasa Temenggor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 September 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pembukaan rasmi projek Hidro Elektrik Temenggor yang terletak di bahagian Barat Laut Negeri Perak. Stesen janakuasa yang dibangunkan dengan kos bernilai RM340 juta mampu menghasilkan tenaga berjumlah 348MW.

Stesen yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah ini merupakan satu usaha penting Lembaga Letrik Negara untuk membangunkan potensi hidro elektrik di Semenanjung Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 September 1975Norway telah menawarkan bantuan teknologi dan pengalamannya untuk kemajuan perusahaan minyak di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan, Tan Sri Chong Hon Nyan.
  • 19 September 1977 – Daerah Kota Setar diisytiharkan sebagai kawasan wabak taun berikutan pengesahan terdapatnya satu kes dan tiga pembawa penyakit ke daerah tersebut.
  • 19 September 1979 – Terdapat tidak kurang daripada 50,000 hingga 75,000 orang yang mengalami penyakit berjangkit di negara ini dan angka sebenar mungkin tiga kali ganda lebih besar jumlahnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN