Pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang lancar mogok - Utusan Malaysia

Pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang lancar mogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan mengharamkan tindakan perusahaan oleh lebih 3,000 orang kakitangan Lembaga Pelabuhan Kelang yang dilancarkan sejak malam semalam.

Ia berikutan dengan langkah kerajaan yang membawa isu pertikaian antara Kesatuan Kakitangan Pelabuhan (PASU) dan majikannya ke Mahkamah Perusahaan. Akibat tindakan tersebut, lebih 30 buah kapal terkandas dan beberapa buah kapal lagi tidak dapat berlabuh.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 13 September 1971 – Sebuah badan yang digelar ‘Amanah Bangunan Kebangsaan‘ akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan bagi mengekalkan bangunan-bangunan lama yang terdapat di negara ini.
  • 13 September 1972 – Seorang operator telefon, Cik Sara Banu, 19, berjaya merebut gelaran ‘Ratu Pertahanan Awam‘ bagi kawasan Selangor.
  • 13 September 1973 – Kerajaan Itali telah menawarkan dua biasiswa kepada Institut Penyelidikan Getah (RRI) untuk melatih pakar-pakar teknologi getah di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN