Lipatan Sejarah: Nahas ngeri di Lebuh Raya Karak, 10 terkorban

Lipatan Sejarah: Nahas ngeri di Lebuh Raya Karak, 10 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 September 1982, Utusan Malaysia melaporkan 10 daripada 12 penumpang sebuah kereta termasuk enam kanak-kanak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori papan di kilometer 16 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur.

Kemalangan ngeri tersebut berlaku pada pukul 5.30 pagi dan anggota polis serta bomba terpaksa bertungkus-lumus selama lebih tiga jam untuk mengeluarkan mayat-mayat yang tersepit dalam kenderaan malang tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 September 1983 – Kerajaan sedang melaksanakan projek sosioekonomi dan keselamatan di sempadan Malaysia-Thai melibatkan kawasan seluas 8,900 kilometer persegi untuk manfaat 600,000 penduduk.
  • 3 September 1984Perkhidmatan percubaan feri bertaraf mewah antara Tanjung Pengelih, Kota Tinggi dan Cangi di Singapura akan dimulakan tidak lama lagi.
  • 3 September 1985 – Pakaian Putera Charles dianggap tidak menarik dan menjemukan hinggakan mendapat satu undi sahaja dalam tinjauan mencari lelaki berpakaian paling segak untuk tahun ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN