Lipatan Sejarah: Kebakaran besar di Tampin, 13 orang rentung

Lipatan Sejarah: Kebakaran besar di Tampin, 13 orang rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 September 1970, Utusan Malaysia melaporkan seramai 13 orang termasuk 11 orang kanak-kanak terkorban dalam satu kebakaran di Tampin.

Hanya tiga daripada 16 orang sekeluarga yang terselamat dalam kebakaran tersebut. Mereka yang terselamat ialah Pang Nyit Chick, 67, yang merupakan pemilik ladang getah terkenal di Tampin, anak gadisnya, Kah Fah, 15 dan cucu perempuannya, Seut Lee, 10 tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 September 1970Dua buah sekolah di Daerah Mersing iaitu Sekolah Kebangsaan Belukar Juling dan Sekolah Kebangsaan Semanyer Endau disatukan dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Telok Lipat.
  • 12 September 1977 – Kerajaan Selangor bercadang meluaskan pembukaan tanah seluas 2,000 ekar setiap tahun untuk rancangan revolusi hijau di setiap daerah di negeri berkenaan.
  • 12 September 1979 – Seluruh Daerah Krian di Perak telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak taun berikutan dengan kejadian penyakit tersebut yang menular di daerah itu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN