Pada 9 September 1976, Utusan Malaysia melaporkan Majuternak mencadangkan kepada kerajaan supaya mengharamkan penyembelihan lembu dan kerbau betina sebagai langkah menambah dan memajukan lagi pembiakan ternakan tersebut di negara ini.
Timbalan Pengerusi Majuternak, Dr. Yahya Ismail menjelaskan langkah ini dapat dilaksanakan dengan cara memperketatkan lagi penguatkuasaan undang-undang pemeliharaan ternakan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 9 September 1975 – Pihak Kastam telah berjaya merampas candu bernilai RM230,000 hasil satu serang hendap di ladang tebu Chuping, Perlis, tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thai.
- 9 September 1977 – Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Logam (MIEU) telah menarik diri daripada menjadi gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kerana hilang kepercayaan terhadap para pemimpinnya.
- 9 September 1979 – Bandar Gua Musang bakal menjadi sebuah bandar baru yang moden apabila siapnya lebuh raya menghubungkan Kuala
Krai-Gua Musang yang menelan kos RM108 juta tidak lama lagi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]