Pada 25 September 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lima orang banduan ‘bahaya’, tiga daripada mereka sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup telah berjaya melarikan diri dari Penjara Kajang pada awal pagi setelah memotong palang besi di bilik kurungan masing-masing.
Menurut Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Ibrahim Mohamad memaklumkan, banduan yang terlibat bertindak memotong palang besi tingkap belakang bilik masing-masing dengan gergaji yang dipercayai diseludup masuk ke bilik mereka.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 25 September 1983 – Sebuah parti politik baru akan muncul di Sabah tidak lama lagi dengan nama Parti Bertindak Rakyat Sabah Bersatu (BERSIH).
- 25 September 1985 – Pasukan Bank Negara muncul juara Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dengan 147 pungutan mata.
- 25 September 1986 – Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad membidas pihak yang menggunakan istilah bahasa Inggeris yang ‘dimelayukan’, sedangkan istilah tersebut terdapat dalam bahasa Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]