Lipatan Sejarah: Kawasan Pantai Timur kaya bijih timah - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Kawasan Pantai Timur kaya bijih timah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 September 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia disahkan kaya dengan kandungan bijih timah bermutu tinggi yang menjadi idaman para pelombong antarabangsa.

Kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sumber-sumber terpendam di rantau ini telah mengenalpasti dua kawasan yang menjadi sasaran penerokaan bijih timah terbesar antarabangsa, namun tidak didedahkan nama dua kawasan terbabit.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 September 1982 – Pasukan sepak takraw Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang berjaya menjadi johan di Kejohanan Sukan Antara Pelabuhan ASEAN Ke-9 yang berlangsung di Manila.
  • 6 September 1983Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk memberi bantuan 1,000 tan beras dan alat-alat binaan kepada Sri Lanka berikutan krisis kaum di negara tersebut.
  • 6 September 1984Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman hari ini berlepas ke England untuk menjalani rawatan masalah kesakitan di pinggangnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN