Helikopter bersama 13 mayat ditemukan di dasar Laut China Selatan - Utusan Malaysia

Helikopter bersama 13 mayat ditemukan di dasar Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 September 1974, Utusan Malaysia melaporkan bangkai helikopter yang terlibat dalam nahas udara di Laut China Selatan berdekatan perairan Kuantan bulan lalu telah ditemukan di dasar laut pada kedalaman 120 kaki.

Kesemua 13 mayat yang terperangkap dalam helikopter ‘West Land Wessax‘ tersebut turut ditemukan. Kesemua mereka merupakan pekerja dari Syarikat Minyak Continental (CONOCO).

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 September 1973 – Atlet lompat tinggi wanita negara, Gladys Chai berjaya mencipta rekod baharu dalam Sukan Asia dan SEAP dengan lompatan setinggi 1.74 meter.
  • 5 September 1974 – Kumpulan tarian ‘Wilayah Johor Selatan‘ berjaya menjadi johan dalam pertandingan tarian ‘Pesta Sukan dan Kebudayaan FELDA 1974‘ yang berlangsung di FELDA Chempaka, Jengka, Pahang.
  • 5 September 1975 – Kerajaan Negeri Sabah bakal membangunkan kawasan Telupid menjadi sebuah bandar baharu, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Mohamed Said Keruak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN