Harimau belang pelakon utama filem 'Harimau Jadian' - Utusan Malaysia

Harimau belang pelakon utama filem ‘Harimau Jadian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 September 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Zoo Negara bersedia memberi kerjasama kepada Cathay Keris Film yang mahukan seekor ‘harimau‘ untuk dijadikan pelakon utama dalam sebuah filem terbarunya, yang kini bakal memulakan penggambarannya.

Pesuruhjaya Zoo Negara, Isher Singh menegaskan bahawa, rundingan lanjut hendaklah dilakukan oleh pihak yang berkenaan dengan Zoo Negara sebelum sebarang keputusan dibuat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 September 1972Universiti Malaya akan memperluaskan lagi usaha-usaha dalam bidang penyelidikan sains kaji hayat, kata Timbalan Naib Canselornya, Profesor Ahmad Ibrahim.
  • 23 September 1976 – Kerajaan hari ini bertindak mengharamkan sebuah buku berjudul ‘Mao Tse Tung‘ yang diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan tempatan.
  • 23 September 1980 – Seramai 30 orang penumpang bas yang sedang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth dikejarkan ke hospital setelah bas tersebut terhumban ke dalam sawah padi di Bumbung Lima, Kepala Batas.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN