Harga tanah di Pulau Pinang paling mahal - Utusan Malaysia

Harga tanah di Pulau Pinang paling mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 September 1979, Utusan Malaysia melaporkan Pulau Pinang kekal sebagai sebuah negeri yang memiliki harta tanah paling mahal di seluruh negara dengan harga rumah di sesetengah kawasan meningkat sebanyak 40 peratus atau lebih dalam masa setahun.

Purata harga pasaran bagi harta tanah sama ada di Pulau Pinang atau di Seberang Prai meningkat antara 20 hingga 30 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 2 September 1974Baginda Sultan Terengganu melantik Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, 42, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Nik Hashasan.
  • 2 September 1975 – Kumpulan drama Sekolah Menengah Sri Nering, Jerteh, Terengganu muncul johan buat kali pertama dalam Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia.
  • 2 September 1976Seorang wanita anasir bawah tanah komunis yang dikenali sebagai Aw Yoke Choy mengaku sebagai salah seorang yang meletupkan Tugu Negara pada 26 Ogos tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya