Carter minta nasihat Malaysia soal ekonomi - Utusan Malaysia

Carter minta nasihat Malaysia soal ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 September 1977, Utusan Malaysia melaporkan akhbar paling terkemuka di Amerika Syarikat, ‘The Washington Post‘ menyiarkan berita tentang Presiden Carter ingin mendapatkan nasihat daripada Malaysia tentang bagaimana ia dapat mengawal kadar pembangunan ekonomi serta mengawal inflasi.

Malaysia mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 11 peratus dan inflasi kurang daripada 3 peratus. Carter turut memaklumkan kepada Tun Hussein Onn, “saya akan menghargai sebarang nasihat tentang bagaimanakah Tuan dapat berbuat demikian“.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 September 1975 – Kuala Langat telah dijadikan ‘Daerah Contoh‘ bagi semua daerah di negara ini kerana fungsi dan kegiatannya yang menyeluruh bagi faedah semua golongan masyarakat.
  • 30 September 1977Kastam Bahagian Pencegahan Padang Besar merampas sejumlah 42 paun heroin bernilai RM8.5 juta daripada dua orang penyeludup.
  • 30 September 1979Malaysia bersama beberapa buah negara di Asia Tenggara kini berkongsi masalah yang sama, apabila isu air menjadi faktor penentu dalam pembangunan ekonomi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN