Akim Buntat Orang Asli pertama lanjut pelajaran ke Amerika - Utusan Malaysia

Akim Buntat Orang Asli pertama lanjut pelajaran ke Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 September 1974, Utusan Malaysia melaporkan seorang pemuda Orang Asli, Akim Buntat, 22, dari Kampung Permatang Keledang, Pekan, Pahang menjadi Orang Asli pertama di negara ini berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Beliau akan mengikuti kursus ijazah selama empat tahun dalam bidang pemasaran di Universiti Ohio.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 September 1973 – Semua filem Indonesia yang dibintangi oleh Farouk Afero mungkin diharamkan tayangannya berikutan tindakannya yang melakukan tunjuk perasaan bersendirian di negara tersebut.
  • 20 September 1974Arkib Negara bercadang untuk menubuhkan cawangannya di setiap negeri supaya dapat mengumpul bahan-bahan dan dokumen-dokumen penting berkaitan sejarah negara.
  • 20 September 1975 – Jabatan Haiwan Negeri Kedah sedang melakukan kajian untuk melaksanakan projek ladang contoh pembiakan kambing di atas tanah seluas 65 ekar di Gajah Mati, Kuala Nerang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN