Ungku Aziz cadangkan biasiswa ditukar kepada pinjaman - Utusan Malaysia

Ungku Aziz cadangkan biasiswa ditukar kepada pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Ogos 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Ungku Aziz hari ini mencadangkan supaya biasiswa-biasiswa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, Negeri dan lain-lain badan persendirian dijadikan pinjaman untuk mahasiswa yang benar – benar memerlukannya.

Beliau menyatakan cadangan ini kerana setiap tahun, bilangan mahasiswa yang memasuki universiti semakin bertambah.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Ogos 1972 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kini semakin giat mengadakan kempen besar-besaran memperkenalkan jenama mereka di negara-negara Asia, Amerika, Eropah dan Australia.
  • 12 Ogos 1974 – Menteri-Menteri Kewangan 26 buah negara Arab dan Islam berkumpul dalam satu persidangan di Jeddah untuk menandatangani piagam penubuhan Bank Pembangunan Islam.
  • 12 Ogos 1975 – Satu perjanjian pemulangan penjenayah antara Malaysia dan Indonesia telah ditandatangani antara wakil kedua-dua
    negara di Kuala Lumpur hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN