Tunjuk perasaan di Penjara Pudu - Utusan Malaysia

Tunjuk perasaan di Penjara Pudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Ogos 1968, Utusan Malaysia melaporkan kawalan ketat telah dikenakan di sekitar kawasan Penjara Pudu berikutan tangkapan ke atas 15 orang yang cuba mengadakan tunjuk perasaan, menjadikan jumlah tangkapan seramai 18 orang sejak malam tadi.

Sejak awal pagi, sekitar 200 orang berdiri di tepi jalan raya di hadapan pintu besar penjara bagi menunjukkan simpati mereka terhadap beberapa orang pemuda yang akan menjalani hukuman gantung pada jam 5 pagi esoknya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Ogos 1968Duta Korea Selatan ke Malaysia, Dr. Hongkee Karl menyatakan rasa kagum terhadap keazaman dan ketabahan rakyat Malaysia untuk mempertahankan kemerdekaan negara.
  • 16 Ogos 1970Pahlawan terbilang Pahang, Mat Kilau yang kini berusia 123 tahun dilaporkan sedang berada dalam keadaan tenat di rumahnya.
  • 16 Ogos 1976Arab Saudi akan mengambil kira-kira sejuta orang pekerja mahir dan separuh mahir dari negara-negara Islam termasuk Malaysia bagi melaksanakan rancangan pembangunannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN