Pada 13 Ogos 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak sedia menerima perletakan senjata oleh saki-baki komunis di Semenanjung Malaysia. “Tetapi, kalau mereka berdegil juga meneruskan keganasan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk terus memburu dan menghapuskan mereka“, katanya memberi amaran.
Tun Razak turut menarik perhatian tentang bahaya ancaman saki-baki pengganas komunis yang bergerak di hutan dan ejen-ejen mereka yang bergerak di bandar dan pekan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Ogos 1971 – Pengarah filem dari Merdeka Studio, S. Kadarisman Harun, 49 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Rendah Kuala Lumpur atas tuduhan memandu dengan cuai.
- 13 Ogos 1972 – Seorang juru trengkas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cik Zahkiah Bujang, 20 tahun telah dimahkotakan sebagai ‘Ratu Anulae 1972‘ di Oditorium MARA malam tadi.
- 13 Ogos 1974 – Kawasan DUN Sungai Burung, Kuala Selangor menjadi kawasan pertarungan pilihan raya pertama antara dua orang anak beranak, calon Pekemas, Abdul Manan, 70 tahun yang akan ditentang oleh anaknya, Abdul Rahman sebagai calon bebas.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]