Sarikata Bahasa Malaysia diwajibkan untuk setiap filem dan iklan - Utusan Malaysia

Sarikata Bahasa Malaysia diwajibkan untuk setiap filem dan iklan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Ogos 1976, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie memaklumkan, semua filem termasuk bentuk iklan untuk tayangan umum diwajibkan mempunyai sarikata Bahasa Malaysia, bermula Januari 1977.

“Filem-filem yang sudah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem dan sedang ditayangkan di panggung-panggung wayang boleh diteruskan tayangannya tanpa sarikata bahasa Malaysia sehingga 31 Disember tahun ini,” katanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Ogos 1972 – Seramai 299 orang pekerja Syarikat Kilang Biskut Siong Hoe di Batu Berendam berpiket membantah tindakan majikan menahan 180 pekerja daripada bekerja tanpa membayar gaji.
  • 29 Ogos 1978 – Persatuan Hoki Malaysia (PHM) menyenaraikan seramai 22 orang pemain untuk menyertai pusingan akhir belia Piala Dunia di Paris Julai tahun hadapan.
  • 29 Ogos 1979 Petronas dan Esso Malaysia melancarkan sebuah pelantar satelit pengeluaran minyak yang digelar ‘Bekok B‘ kira- kira 160 kilometer di timur pantai Kuala Terengganu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN