Saidin Osman bawa tuah buat pasukan bola sepak negara - Utusan Malaysia

Saidin Osman bawa tuah buat pasukan bola sepak negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan, Saidin Osman, pemain gantian memberi nafas baharu buat pasukan bola sepak Malaysia menerusi jaringan gol tunggal ketika menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan Pesta Bola Merdeka Ke-26 di Stadium Merdeka.

Gol tersebut hadir dalam tempoh lima minit sebelum masa permainan ditamatkan dan menjadi satu jaringan dramatik setelah 85 minit permainan membosankan di hadapan ribuan penonton.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Ogos 1980Kawasan Padang Merdeka di Kota Bharu, Kelantan bakal dijadikan zon budaya dan taman orang ramai berikutan menjadi tempat tumpuan serta bersejarah.
  • 9 Ogos 1982 – Kerajaan Negeri Pahang akan melaksanakan satu strategi baharu yang dikenali sebagai strategi tapak dan kemudahan dalam melaksanakan rancangan perumahan di negeri ini.
  • 9 Ogos 1983Negeri Johor menduduki tempat paling atas dalam senarai keahlian Koperasi Usaha Bersatu (KUB) dengan jumlah keanggotaan seramai 15,298 orang sehingga 31 Disember tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN