Rumah PM Thai dirempuh penunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Rumah PM Thai dirempuh penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan beberapa orang telah tercedera apabila penunjuk perasaan merempuh masuk rumah Perdana Menteri Thailand, Kukrit Pramoj pada awal pagi.

Penunjuk perasaan yang terdiri daripada orang awam telah memecahkan tingkap dan peralatan rumah. Laporan tidak rasmi menyatakan seramai kira-kira 50 orang terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 Ogos 1974Pasukan penyelamat menemukan beberapa bahagian rangka helikopter yang jatuh terhempas bersama 15 orang penumpang di pantai Kuantan, Pahang.
  • 21 Ogos 1975Kumpulan drama dari FELDA Kemelah muncul sebagai johan pertandingan drama wilayah Johor Utara yang berlangsung di Rancangan FELDA Lenga.
  • 21 Ogos 1977 – Lebih 100 orang kakitangan Hospital Besar Kota Bharu berpiket secara aman kerana membantah tindakan majikan melambat-lambatkan pembayaran tunggakan gaji.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN