Raja Tun Azlan Shah pegang dua jawatan serentak - Utusan Malaysia

Raja Tun Azlan Shah pegang dua jawatan serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Ogos 1983, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Hakim Negara, Raja Tun Azlan Shah memaklumkan bahawa, Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan yang menghalangnya memegang kedua-dua jawatan secara serentak iaitu, jawatan Ketua Hakim Negara dan Raja Muda Perak.

Menurutnya lagi, sebagai Raja Muda, beliau tidak boleh memegang jawatan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah dan ini bermakna beliau tidak boleh bekerja sebagai kakitangan negeri.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Ogos 1979Empat pasukan luar bakal menyertai Pesta Bola Merdeka tahun depan, iaitu dari Amerika Latin, England, Jerman Barat dan satu dari Timur Tengah.
  • 14 Ogos 1983Negeri Kedah bakal menubuhkan Koperasi Balu-Balu dan Janda tidak lama lagi iaitu, sama seperti yang ditubuhkan di Negeri Perlis pada tahun lepas.
  • 14 Ogos 1984 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini melancarkan perkhidmatan ‘hotline‘ bagi memudahkan para pelanggan dan penumpang membuat aduan secara terus.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN