Raja Azlan Shah dilantik Naib Presiden FIH - Utusan Malaysia

Raja Azlan Shah dilantik Naib Presiden FIH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Ogos 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tan Sri Raja Azlan Shah dengan rasminya telah dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di mesyuarat Kongres Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat kongres FIH yang dihadiri oleh 48 buah negara itu telah sebulat suara memilih semula Tan Sri Rene Frank dari Belgium sebagai Presiden FIH selama empat tahun lagi.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Ogos 1979Jabatan Perikanan Pahang memberi amaran bahawa tindakan mahkamah akan diambil terhadap individu yang didapati menuba atau membunuh ikan menggunakan bahan beracun di Sungai Pahang.
  • 28 Ogos 1982 – Sekumpulan 20 orang lelaki ditahan oleh Jabatan Agama Islam Johor kerana didapati telah mendirikan solat Jumaat di sebuah rumah di Kampung Taman Saujana, Johor Bahru.
  • 28 Ogos 1983 – Malaysia berjaya menewaskan Hong Kong 77-62 untuk menduduki tempat kelima Kejohanan Bola Keranjang Komanwel yang berlangsung di Wellington, United Kingdom.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN