Pentadbiran 'ala kabinet' di Kedah bawa banyak kejayaan - Utusan Malaysia

Pentadbiran ‘ala kabinet’ di Kedah bawa banyak kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Ogos 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang menggunakan sistem baru dinamakan ‘ala kabinet‘ atau sistem pentadbiran berjawatankuasa setahun yang lalu telah membuahkan hasil.

Menteri Besar, Datuk Seri Syed Nahar Shahabuddin yang mencetuskan idea perubahan tersebut memaklumkan, langkah tersebut bertujuan mempercepatkan pelaksanaan rancangan pembangunan untuk rakyat disamping menghindarkan sesuatu tanggungjawab dibebankan kepada satu satu pihak sahaja.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Ogos 1972Negeri Sembilan bakal memulakan satu perusahaan kain sutera buatan (rayon) di Daerah Bahau tidak lama lagi kata Menteri Besar, Datuk Mansor Osman.
  • 1 Ogos 1975Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk mengadakan hubungan perkapalan secara langsung antara kedua-dua negara, kata Menteri Perhubungan, Tan Sri V. Manickavasagam.
  • 1 Ogos 1977 – Kerajaan Selangor akan mewujudkan dua bandar baru yang mempunyai pusat pentadbirannya sendiri, iaitu di Sepang dan Gombak dengan kos sebanyak RM7 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN