Peniaga Cina digesa gunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya - Utusan Malaysia

Peniaga Cina digesa gunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Naib Presiden MCA, Tan Sri Lee Siok Yew hari ini menggesa golongan peniaga Cina supaya menggunakan Bahasa Malaysia dengan meluas di papan-papan iklan mereka.

Menurutnya lagi, penggunaan Bahasa Malaysia akan lebih memberi faedah kepada pembeli dan juga perniagaan mereka kerana bahasa tersebut adalah bahasa kebangsaan negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Ogos 1968 – Seorang pakar sejarah Rusia, Prof. Vladimir A. Zharov mencadangkan supaya diadakan pertukaran pelajar antara Malaysia dan Rusia untuk merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
  • 8 Ogos 1972 – Seramai 60 orang belia Tamil dari Ladang Getah Paya Kemunting, Jitra telah menubuhkan persatuan belia yang dinamakan Persatuan Belia Bell Tamil Kubang Pasu.
  • 8 Ogos 1975 – Kerajaan telah menguatkuasakan larangan membalak di sepanjang Lebuh Raya Timur-Barat dari Grik ke Banding meliputi kawasan sepanjang 1,000 ela di kiri dan kanan lebuh raya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN