Pengebom Tugu Negara ditahan polis - Utusan Malaysia

Pengebom Tugu Negara ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Ogos 1976, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mansor Mohamed Noor tentang gerakan dan kejayaan pihak polis memberkas suspek yang bertanggungjawab mengebom Tugu Negara.

Kejayaan tersebut berikutan dengan tertangkapnya Ahli Jawatankuasa Kawasan (AJKK) yang digelar sebagai Barisan Pembebasan Nasional Malaya (BPNM) pada 30 Julai lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Ogos 1970Angkatan Tentera Laut Di-Raja British yang menjalankan kerja-kerja penyiasatan di Pulau Pinang menemui enam pucuk meriam lama di sekitar Padang Kota yang dipercayai berusia lebih 360 tahun.
  • 15 Ogos 1975 – Seorang petani terbunuh setelah terpijak sebutir bom perangkap yang dipasang pengganas komunis di hutan simpan Ulu Muda, Baling, Kedah.
  • 15 Ogos 1977Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Yaakub membantah pertukaran tempat untuk projek urea yang dicadangkan dari Bintulu ke Kuantan, Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN