Koperasi Peladang Rengit muncul johan dua tahun berturut-turut - Utusan Malaysia

Koperasi Peladang Rengit muncul johan dua tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 Ogos 1976, Utusan Malaysia melaporkan Koperasi Peladang Rengit, Johor yang muncul sebagai pemenang pertama koperasi peladang progresif peringkat kebangsaan tahun lalu sekali lagi menjadi juara peraduan tersebut untuk tahun 1976.

Keputusan peraduan yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Mustapha Jabar sempena sambutan Hari Peladang.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 Ogos 1974DBKL akan menjual pokok-pokok bunga dari rumah ke rumah di kawasan kediaman terutamanya di Cheras dan Bangsar sebagai sebahagian daripada rancangan mencantikkan bandar raya.
  • 6 Ogos 1975 – Baginda Sultan Perak telah merasmikan pembukaan stesen pemancar Radio Malaysia di Tronoh yang berharga RM1.6 juta.
  • 6 Ogos 1977Jabatan Pertanian Negeri Perak bakal memulakan kajian awal dalam usaha untuk menjalankan perusahaan ulat sutera di Manong, Kuala Kangsar tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN