Kilang batu bata SMCP milik bumiputera yang pertama di Melaka - Utusan Malaysia

Kilang batu bata SMCP milik bumiputera yang pertama di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Ogos 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah kilang membuat batu bata yang dimiliki oleh bumiputera, South Malaysia Cerimic Products (SMCP) yang pertama seumpamanya di Melaka telah dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Kilang SMCP yang terletak di Batu Berendam itu mempunyai keluasan 12 hektar dan memiliki kakitangan seramai 60 hingga 70 orang termasuk di bahagian pentadbiran.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Ogos 1982 – Pemain bola sepak profesional Singapura, Fandi Ahmad telah menerima tawaran untuk bermain bersama kelab terkemuka Belanda, Ajax Amsterdam.
  • 7 Ogos 1983Taib Bujang, 48 tahun yang merupakan bekas anggota tentera telah diumumkan sebagai Peladang Jaya Kebangsaan 1983 sempena sambutan Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan di Serdang, Selangor.
  • 7 Ogos 1984 – Satu sempadan laut yang baru antara Malaysia dan Singapura akan diwujudkan bagi menggantikan Perjanjian Sempadan Laut 1927.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN