Ketegasan Imigresen dalam mengeluarkan pasport antarabangsa - Utusan Malaysia

Ketegasan Imigresen dalam mengeluarkan pasport antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 Ogos 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Pengarah Imigresen, Amir Yaakub memaklumkan, pihaknya akan terus bertindak tegas dengan dasar dan peraturan-peraturan dalam soal mengeluarkan pasport antarabangsa untuk menjamin keselamatan negara.

Saya tidak akan tunduk sama sekali dengan apa saja tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana kepentingan negara mesti lebih diutamakan“, tegasnya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 20 Ogos 1975 – Seorang penghuni Sekolah Henry Gurney di Melaka lari dari jagaan penyelianya ketika menyaksikan satu raptai perbarisan Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka.
  • 20 Ogos 1977Koperasi Angkatan Tentera kini mula terlibat dalam aktiviti perbankan berikutan dengan pembelian 25 peratus saham Ekuiti Pacific Bank Berhad.
  • 20 Ogos 1979Iran hari ini mengharamkan Parti Demokratik Kurdi dan membatalkan keanggotaan pemimpinnya, Abdul Rahman Qassemlou kerana didapati terbabit dalam aktiviti menentang ajaran Islam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN