Kapal pengangkut 'Bunga Raya' dirasmikan pelancarannya - Utusan Malaysia

Kapal pengangkut ‘Bunga Raya’ dirasmikan pelancarannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Ogos 1970, Utusan Malaysia melaporkan kapal pengangkut Malaysia yang pertama, ‘Bunga Raya‘ dirasmikan pelancarannya oleh isteri Perdana Menteri, Tun Sharifah Rodziah di Pelabuhan Yokosuka, Jepun.

Kapal tersebut merupakan kapal pertama daripada 11 buah kapal laut yang telah ditempah untuk kegunaan Perbadanan Perkapalan Malaysia. Kapal-kapal berkenaan dihasilkan oleh Syarikat Perkapalan Sumitomo.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 2 Ogos 1974 – Jaguh lumba basikal PDRM, Omar Saad muncul sebagai johan keseluruhan jelajah Pantai Timur kali pertama sejauh 405 batu yang berakhir baru-baru ini.
  • 2 Ogos 1976Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk menjadikan Daerah Besut sebagai sebuah daerah jelapang padi di negeri ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Wan Mokhtar Ahmad.
  • 2 Ogos 1978Satu mesyuarat di kalangan negara-negara anggota ASEAN bakal diadakan dalam tahun ini bertujuan untuk menubuhkan satu pusat simpanan beras bagi rantau ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN