Pada 23 Ogos 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 60 orang rakyat Indonesia dikhuatiri mati lemas ketika dalam perjalanan dari jeti Perepat, Kapar menuju ke Bagan Si Api-Api, Indonesia apabila bot yang dinaiki bocor dan karam dipukul gelombang di perairan Selat Melaka.
Enam orang berjaya menyelamatkan diri dengan bergayut pada sebuah bot nelayan. Kesemua mereka seramai 66 orang adalah rakyat Indonesia yang menyewa sebuah bot untuk pulang menyambut hari raya haji di negara mereka.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 Ogos 1984 – Kerajaan Negeri Perak bercadang untuk melaksanakan sistem pertanian menyerupai “sistem subak” yang diamalkan oleh para petani di Pulau Bali, Indonesia.
- 23 Ogos 1985 – Sebuah enjin pesawat Boeing 737 milik Syarikat Penerbangan Airtours British telah meletup ketika mendarat di Lapangan Terbang Manchester manakala 54 dari 137 orang penumpangnya telah terbunuh.
- 23 Ogos 1986 – Persatuan Suluh Budiman Maktab Perguruan Sultan Idris kekal dengan pendirian mahukan maktab tersebut dinaikkan tarafnya sebagai sebuah universiti.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]