Benigno Aquino ditembak mati di lapangan terbang - Utusan Malaysia

Benigno Aquino ditembak mati di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Ogos 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pemimpin pembangkang Filipina, Benigno S. Aquino mati ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sejurus beliau turun dari kapal terbang yang membawanya pulang dari buangan selama tiga tahun di Amerika Syarikat.

Lelaki yang menembaknya segera dibunuh oleh askar-askar yang berkawal di lapangan terbang. Aquino mengalami kecederaan parah di kepala lalu dikejarkan ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Ogos 1982Kerajaan Negeri Melaka bercadang menggali semula jalan bawah tanah yang menghubungkan Kubu A Famosa dengan gereja gereja di Bukit St. Paul dan Bukit St. John.
  • 22 Ogos 1983Tujuh rekod baru telah dicipta dalam Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Perkhidmatan Awam (MKSPA) Negeri Pulau Pinang.
  • 22 Ogos 1984Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar serta Kerajaan Negeri Pahang bersetuju menubuhkan sebuah jawatan kuasa pembangunan taman negara dan Pulau Tioman di negeri ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN