ATM tubuh Kor Agama - Utusan Malaysia

ATM tubuh Kor Agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Ogos 1984, Utusan Malaysia melaporkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan ‘Kor Agama‘ selaras dengan matlamat untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kerajaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abang Abu Bakar memaklumkan penubuhan kor agama pada asalnya telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera pada bulan Jun 1980 lalu dan kini, segala persiapan bagi penubuhannya telah berada di peringkat akhir.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Ogos 1982Dewan Undangan Negeri Melaka yang bersidang semalam sebulat suara meluluskan enakmen penubuhan Yayasan Pelajaran Melaka.
  • 19 Ogos 1984 – Penghibur antarabangsa, Datuk Shake dikawal oleh anggota polis bermotosikal sebaik sahaja selesai menamatkan persembahan di Stadium Sultan Muhammad Keempat malam tadi.
  • 19 Ogos 1985 – Gambar seekor penyu berkaca mata hitam akan dijadikan logo persidangan Pelancongan Rantau Pasifik (PATA) yang akan diadakan di Malaysia tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN