TLDM bakal beli empat kapal pembinasa - Utusan Malaysia

TLDM bakal beli empat kapal pembinasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Julai 1976, Utusan Malaysia melaporkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal membeli empat buah kapal pembinasa laju dengan kelengkapan moden termasuk peluru berpandu.

Pembelian kapal pembinasa laju berkenaan adalah sebagai langkah untuk memperkuat dan mengimbangkan lagi Tentera Laut Diraja Malaysia demi menjaga keselamatan negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 Julai 1977 – Institut Teknologi MARA (ITM) dicadangkan supaya mewujudkan cabang khusus mengenai petroleum dan perusahaannya bagi menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang tersebut.
  • 11 Julai 1978 – Bekas Perdana Menteri Iraq, Abdel Razak Naif telah ditempatkan di unit rawatan rapi hari ini setelah ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya semalam.
  • 11 Julai 1980 – Drama ‘Penjara‘, persembahan daripada FELDA Chalok muncul juara drama dalam pesta sukan dan kebudayaan anjuran
    FELDA Wilayah Terengganu yang berlangsung di FELDA Belara baru-baru ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya