Pada 25 Julai 1973, Utusan Malaysia melaporkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Jepun (JAL) yang dirampas telah diletupkan oleh perampas sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Benghazi, Libya.
Seramai 137 orang penumpang diarahkan turun melalui pintu kecemasan. Setelah semuanya turun dan berada di tempat yang selamat, perampas bertindak meletupkan pesawat berkenaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 25 Julai 1970 – Marilyin Neufville, 17 tahun dari Jamaica berjaya merangkul pingat emas serta mencipta rekod baru dunia dalam acara pecut 400 meter dalam masa 51.0 saat di Sukan Komanwel, Meadowbank, Australia.
- 25 Julai 1971 – Seramai 82 orang pekerja bas MARA telah dikenakan tindakan tatatertib dan diberhentikan kerja, sejak Bahagian Penyiasat Kenderaan MARA diperbesarkan.
- 25 Julai 1972 – Akuarium Tunku Abdul Rahman di Gelugor, Pulau Pinang telah menerima sejumlah ikan jenis Malong Letrik dari Afrika Selatan untuk dipamerkan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]