MAS berhenti khidmat angkut babi - Utusan Malaysia

MAS berhenti khidmat angkut babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Julai 1981, Utusan Malaysia melaporkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan mengangkut babi dalam kapal terbangnya pada masa depan.

MAS menegaskan, keputusan tersebut diambil memandangkan khidmat mengangkut babi ke Kuching baru-baru ini telah bertukar menjadi isu yang besar dalam kalangan umat Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 Julai 1982 – Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) menyeru supaya Dewan Tunku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dikekalkan.
  • 26 Julai 1983 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk mengadakan kedai-kedai runcit yang dilaksanakan mengikut sistem ‘francais‘ bagi pelbagai jenis barangan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat miliknya.
  • 26 Julai 1985Kerajaan hari ini diminta mewajibkan pengeluar barang-barang makanan yang mengandungi gelatin supaya mengisytiharkan kandungan itu pada label pembungkus barangan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN