Lelaki mati dibelit ular sawa di Kuala Krai - Utusan Malaysia

Lelaki mati dibelit ular sawa di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki, Zaki Harun, 27 tahun mati dibelit oleh seekor ular sawa yang bersaiz besar dengan lilitannya 20 inci serta panjangnya 25 kaki di ladang getah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Peria Kuala Krai, Kelantan.

Menurut pihak polis, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam di sebatang jalan yang tidak jauh dari rumahnya. Sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya dikatakan ternampak seekor ular sawa dan pergi berdekatan untuk melihatnya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 31 Julai 1977Malaysia akan menghantar lima orang pakar untuk berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi secara kontrak yang terdiri daripada pakar dalam perkhidmatan awam dan jurutera.
  • 31 Julai 1984 – Pengerusi Jabatan Arkitek, Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi, Hussein M. A. Teshin hari ini menggesa para arkitek Islam supaya mencipta bangunan yang tidak berasaskan ciptaan barat.
  • 31 Julai 1985Kementerian Wilayah Persekutuan merancang pembangunan semula kawasan Bukit Nanas untuk dijadikan sebagai taman rimba sebagai tarikan pelancongan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN