Korea Selatan dan Korea Utara kembali bersatu - Utusan Malaysia

Korea Selatan dan Korea Utara kembali bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Julai 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Korea Utara dan Korea Selatan hari ini mengumumkan persetujuan untuk kembali bersatu semula setelah berpisah selama hampir 24 tahun.

Kedua-dua negara yang berlainan ideologi dan sistem pentadbiran itu juga telah bersetuju untuk menamatkan segera sebarang bentuk permusuhan bagi mempercepatkan usaha-usaha ke arah penyatuan kedua-dua negara yang satu keturunan dan satu bahasa itu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Julai 1968 – Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyampaikan Pingat Pangkuan Negara Kehormat kepada penjaga Malaysia House di London selama 30 tahun iaitu, Henry Philip Walker.
  • 5 Julai 1970Tiga buah daerah di Kedah iaitu Baling, Kulim dan Bandar Baharu dikenakan perintah berkurung selama 12 jam bagi memudahkan anggota keselamatan memburu pengganas komunis.
  • 5 Julai 1972Lima puluh satu orang pelatih di Institut Latihan Nelayan Batu Maung, Pulau Pinang bakal menduduki peperiksaan setelah diberi latihan selama 12 bulan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya