Jemaah haji boleh tinggal di Mekah 85 hari - Utusan Malaysia

Jemaah haji boleh tinggal di Mekah 85 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Julai 1975, Utusan Malaysia melaporkan para jemaah haji yang menunaikan ibadah haji dengan kapal laut tahun ini dibenarkan berada di Mekah selama 85 hari. Lembaga Urusan dan Tabung Haji telah menetapkan jadual pelayaran pergi dan balik bagi membolehkan mereka tinggal di sana bagi tempoh berkenaan.

Bagi jemaah yang menggunakan kapal terbang, mereka boleh tinggal selama 50 hari dan 25 hari bergantung kepada jadual penerbangan masing-masing.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Julai 1974Syarikat Penerbangan Poland (LOT) akan memulakan perkhidmatannya ke Kuala Lumpur awal tahun depan, menurut wakil perdagangan Poland, A. Wasilewski.
  • 22 Julai 1975Cik Zainab Ramlee, 22, dimahkotakan sebagai ‘Ratu Koperasi 1975‘ sempena Hari Koperasi Sedunia peringkat Negeri Pulau Pinang.
  • 22 Julai 1982 – Seramai 50 sami Buddha dan penuntut sekolah hanya tinggal sehelai sepinggang apabila sebuah asrama sami di Wat Siam Teluk Wanjah di Alor Setar hangus terbakar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/0193330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN