Gerakan besar-besaran hapus video lucah - Utusan Malaysia

Gerakan besar-besaran hapus video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan satu gerakan khas secara besar-besaran ke seluruh negara bagi membanteras kegiatan pengusaha-pengusaha pusat video yang menyewakan video lucah kepada orang ramai.

Kementerian ketika ini memandang serius gejala tayangan atau pemilikan video-video lucah dan perlu dibanteras habis-habisan kerana memberi kesan sosial yang buruk kepada masyarakat di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 Julai 1982Sebahagian daripada penduduk di beberapa buah kampung di Rantau Panjang, Kelantan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sungai Golok kerana tidak mahu berimamkan imam yang dilantik oleh kerajaan.
  • 30 Julai 1983 – Kepimpinan CUEPACS digesa supaya menguasai Bahasa Malaysia dengan lebih baik terutamanya ketika mengendalikan perhimpunan atau mesyuarat kongres.
  • 30 Julai 1984 – Peruntukan sebanyak RM4 juta telah disalurkan untuk mengubahsuai Istana Besar Johor untuk dijadikan Muzium Diraja.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN