Pada 10 Julai 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Luar Belanda, Dr. J. Luns berikrar bahawa negaranya akan berusaha menambah bantuan kewangan untuk pembangunan Malaysia.
Dr. Luns berkata demikian selepas diberi penerangan mengenai Rancangan Pembangunan Negara di Bilik Gerakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur hari ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Julai 1970 – Pemangku Perdana Menteri, Tun Abdul Razak hari ini menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Negeri yang tertinggi sekali daripada Sultan Kelantan.
- 10 Julai 1971 – Kerajaan akan melancarkan kempen membasmi malaria di seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Malaysia kata Menteri Kesihatan, Tan Sri Sardon Jubir.
- 10 Julai 1975 – Syria menawarkan tempat bagi pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan agama di tiga buah universitinya iaitu, Universiti Alipo, Damascus dan Latakia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]