Anggota RELA mati ditembak depan isteri - Utusan Malaysia

Anggota RELA mati ditembak depan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Julai 1979, Utusan Malaysia melaporkan sekumpulan lima orang pengganas komunis berpakaian celoreng telah menembak mati seorang anggota RELA, Tam Ah Har, 47, yang mempunyai sembilan orang anak di kawasan Rancangan Ayer Kala, Lenggong, Perak.

Mereka mengikat kedua-dua belah tangan Tam dan dengan kejam mengheretnya ke sebatang jalan balak sebelum menembaknya tanpa menghiraukan rayuan dan tangisan anak dan isterinya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 Julai 1975 – Seorang bomoh dari Melaka telah dihadapkan ke mahkamah kerana pesakit yang diubatinya telah meninggal dunia akibat dicekik untuk menghalau hantu dalam badannya.
  • 3 Julai 1979 – Kerajaan Negeri Kelantan telah mengiktiraf Persatuan Ulamak Kelantan sebagai sebuah persatuan yang didaftarkan di bawah undang-undang negara.
  • 3 Julai 1982 – Sebuah novel berjudul ‘A Season Of Grace‘ yang ditulis oleh warga Filipina, N.V.M. Gonzales telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya